Saturday, 31 March 2012

Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?

Ketika ALLAH menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
...
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia".....


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆

highlighted:


"Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka..."

"CINTANYA TANPA SYARAT"






#fuhhhhh. agree agree ^^v




Salam Jumaat

Tuesday, 27 March 2012

parts of OM2213B yang ohsemm =D







classmates yg ohsemm ohsemm sokmo! 
abaikan muka aku yang selekeh tahap gaban! janji perut kenyang hati pun senang. kahkahkah. 


Monday, 26 March 2012

Aku melihat langit dan tahu dirimu tidak jauh, masih bernaung di langit yang sama.  :)
toddiiiaa...jiwang dakkk? agagagagaga =p










Friday, 23 March 2012

duatiga hari ni air mata asyik nak bertakung ja. sikitsikit melimpah-limpah. sikitsikit mengalir...haihhh. tak kena kat mna ntah. haqu biqu loqhat ni. time baca pun bertakung. time on9 pun bertakung. tgk laptop lagi laaaa bertakung. isk isk isk. salah kat mna ni ..... dah mcm cita hindustan dah ni.. -_________________-"
tetiba rindu sgt2 kat bos n madam besaq simpang4. budak malumalu kucing parit dalam. dan semestinya abg pulau syg. termasuklah net gatai meqela dan abu my hensem. 
nak laqi balik laahh mcm nihhh. 
uols uolsss. I miss uolss muchh muchhhhh.. T_T

Wednesday, 21 March 2012

Winter Sonata OST



satu-satunya cita korea yg gila kentang ak minat!.
ok, Tipah mmg x layan korea! tp bley lak bengkak-2 mata tgk hat ni.. -_______-' 
wuuuu wuuuuu. T_T
sedihhhhhhh......arghhhhh! poyoooo...  
btw...hero dia hencemmm! kahkahkah ^^v
‎[✘] Jangan BERCERITA pada yang tak AMANAH
[✘] Jangan PAKSA pada yang tak RELA 
[✘] Jangan UNGKIT pada yang tak MENGHARGAI
[✘] Jangan BENCI pada yang tak MENGERTI
[✘] Jangan BERHARAP pada yang tak SUDI
[✘] Jangan CINTA pada yang tak SETIA
 

Hargailah nilai cinta sama ada lelaki dan wanita..Kerana hati terlalu istimewa, jangan hina ciptaanNYA dgn pengkhianatan. 

sumber: copy n paste laa. ap g...hikhik. 101 agreed with that statement! 

Tuesday, 20 March 2012

Saturday, 17 March 2012

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku  



Friday, 16 March 2012

Mulianya Wanita Dalam Islam

Bila dia seorang ANAK dia membuka pintu syurga buat |AYAHNYA|
Bila dia seorang ISTERI dia melengkapkan iman |SUAMINYA|
Bila dia seorang IBU syurga itu terletak di bawah |TELAPAK KAKINYA| 


Subhanallah..how sweet rite? ohsemmm! 

Monday, 12 March 2012

The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you 

Saturday, 10 March 2012

Friday, 9 March 2012

PERMULAAN


permulaan yang amat menakutkan. semoga Allah SWT memberikan kesudahan yang terbaik kelak.... aminnn


Wednesday, 7 March 2012

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauhul Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Subhanallah...sweet kan janji Allah ^^v







Sunday, 4 March 2012

pulang

pulang sudahhh...wuuu wuuuuu.=(  atetibe je nak sedihhh... *ter'keyyell pulakkk >_<'
pray for me... 


bintang2 berkelipan
•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•☆



Friday, 2 March 2012

Jika jatuh hati kepada seseorang, pastikan dia akan angkat hati kita yang jatuh itu, lalu dibersihkan debuan di atasnya, dan disimpan ia dengan baik.

Thursday, 1 March 2012

ketahuilah wahai kaum Adam

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


# fuhhhhhhh. 
thumbs uppp! ^_^v
sumber: copy paste. hihi