Thursday 21 March 2013

rahsia tahi lalat

mehhh kita check mehhhh  ^^v


1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati


3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha

78-Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya

79-Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka

80-Kelopak mata kanan bawah= Agak malas

81-Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana



sekadar perkongsian...

Tuesday 19 March 2013

tips elak rambut gugur


1.Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. 
Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kelas/kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, samaada panjang sampai ke lutut mahupupn ke kaki ,rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala. 
Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.#kipas ala2 filem hindustan gituuuu. :-)

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.


4. Rehat Dulu

Bila sampai ja di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah. 
Just rileks dan berehat sepenuhnya. On kipas kuat2, duduk betoi2 depan tu, pastu tidoqqqqq. hohohohoho. jangan sampai rambut termasuk dalam kipas lak kann.... :p Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!  #phewwww. libas libas rambut~

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. 

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh. 
Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya!

info: copypaste :)




#cantiknya!!

Thursday 14 March 2013

doa memiliki anak kembar


As salam..
Terkebil? terbeliak? Jgn tergelak jgn terkezut! Why why?? ingat anakdara x leh nak post entry2 berkaitan ni? kerana ini hak milik setiap insan. sooo what?!  :p Dari segi perubatan, selalunya pasangan yang mempunyai genetik kembar akan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk melahirkan anak kembar. #phewwww! tiup rambut~ kalo nak ikut dari segi perubatan tu, kiqanya cek pun ada lah genetik tu lahh nooo...hohohoho. tapi kat belah my big bos lahhh. nuuuuuuu. genetik dari tok nuuuuu. maknanya abang kepada ayah cek lahhhh. tok ada dua pasang. keempat empat laki. diulangi ya...ada dua pasang. keempat empat laki! #nak minta petua lah kat tok!  wahohoho! pangggggggg! -..-" genetik tu turun kepada makcik latipah, yakni adik kepada ayah...dpt kembar laki jugak! ok ok, ni  kiqa ada jugak la terlekat keturunan kembaq tu kan kan. harharhar. cuma latipah ja xdak kembaq. kalo ada mesti comel kiut miut sequpa bebenor dengan latipah ni haaa. #berdarah hidung! 

google punya google, dapat doa ni. ok, ada kat bawah ni ya. sekadar perkongsian. berdoalah padaNya. amalkan! 

Antaranya:
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
Maksudnya : Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.

ii) Surah As-Syura ayat 50:
Maksudnya :  Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.



hensemnya!  

-..-"






Tuesday 12 March 2013

I LOVES red as much as I do!


1#


2#


p/s: 
kak: "dikkk dikkkkk! lawa kan lawa kan?? mai pilih kaler niiii! cantiknyaaaaa! 
#muka penuh eksited

adik: "yaa lawaaaaa.....hat ni pun lawaa, hat tu pun lawaaa, haaaa! yg ni pun ok jgk!

kak: "kak nak lah nanti" :)

adik: "ok, tp sampai ka nk bawak?" 
#sambil bt muka blur blur...... >_<"


bukannya nk bg sokongan moral dan fizikal!
majuk 4taunsetengah!



Monday 11 March 2013

kisah si kecik.

2 ke 3 hari sebelum balik perak hari tu...adala adopt si kecik kat pasar pagi area rumah...tengah syok2 belek2 tudung..ntah tiba2 mata tertengok kat si kecik tu duk tertonggek tonggek tergedik gedik cari makanan...lari sana lari sini sebab takut2.....tatkala itu latipah pun menyuarakan hasrat hati ingin menyunting bunga di taman. panngggggg! -_-' ehhh bukan...salah ayat, latipah pun menyuarakan hasrat di hati kat mak nak bawak balik si kecik haluih tuuu....

"makkk makkkk...tgk kucing tu...comey kan kan".....
ayat nak ambik hati, kot2 leh bwk balik kucing tu...mak yg tgh sibuk tgk2 barang buat dun'no ja...-_-"
"makkk makkkkkk...tgk la tuuu, siannya kucing tu, dia lapaq".....
sekali lagi cuba curi tumpuan mak.....tapi cara kedua ni di'upgrade skit dengan menarik tangan mak.
"mana dia, sat g ada la org2 market bagi dia ikan"...
punya penat latipah buat muka kesian, tu ja respon mak? latipah pun abaikan perkataan "sat g ada la org2 market bagi dia ikan"
"emmmm..hmmmm..makk, cek nak bwk dia balik lehhh?? lehhh?? leehhh?"
sambil buat muka dua kupang
"xpayah....satg dh balik perak, sapa nak jaga"...
"mak la tolong jagakan"
sambil senyum senyum kambing..
"kalo dapat tangkap dia, ambiklah"...
yesssss!

sooo..hepi hepi lah latipah tangkap bawak balik si kecik oyen tuh!..
welcome home!


wahhhh. sedap kau tidoq yaaa....selepas disental diberus giginya....hepi sunggoh dia tidoq....orang2 kat pasar heran beserta pelik tgk latipah dukung dia bwk balik. -..-' bawak balik naik moto ja kot! dasyat dakkkkk? 


balik2 ja umah...tgk si gendut gedik ni sesedap hati tidoq lagi...tak bangun2 tidoq dari awai2 pagi..haissssh...
akai sunggoh!


astagfirullah...tak senonoh betoi si abu nihhhh!

bagun2 dari tidoq, ntah tekejut beruk gamaknya..tup2 ada sekoq lagi dalam umah....blurr blurr ja muka dia pi dapoq nak makan.
apa lagi sesi buli pun bermula....
terjerit jerit si kecik tuh!


nak tergelak pun ada bila tgk si abu ni buat acara stunt kat si kecik tuh...hat tu pun xpadan dengan kecik, melawan! -..-
mak col gtau kata abu bawak si kecik tu pi jalan2...tergelak besaq lah latipah dengaq. lepas2 ja makan malam, dua2 ekoq tergedik gedik lari pi kat pintu...konon nak gtau kata nak kuaq pi membuang lah kot...lepas dua jam, panggil balik, sunyi sepi..selalunya akan dengaq loceng si abu tu bunyi bila dia lari, ni dak, diam seribu bahasa...dah tu dua2 ekoq lak tu...mak pun kuaq panggil kat depan rumah...tgk2 tertonggek tonggek dua2 ekoq jalan balik...abu mengetuai rombongan melawat kawasan tersebut...ewaahhhh ewaaaahhh kau abu, bawak adik jalan2 tunjuk kawasan jajahan kah?
hat kecik tu punnnnn... mengikut sungguh!

mula2 bawak balik tu nak letak nama kaseem lah kononnya...tapi x lekat, tukaq panggil nomi chambel, pun x lekat..last2 terlekat kecik a.k.a haluih jugak kat dia... -..-'


hat ni raja gedik sekalian alam...xkiqa orang, gigit ja keja dia. si abu deha ni pon di'adopt jugak, cuma hat ni ayah yg bawak balik.ayah kata, si abu ni yg offer diri dia nak ikut balik..dia yg mai sua "tunjuk" muka kat ayah tatkala adik bradik dia hat lain lari. hat ni pun bawak balik naik moto jugak..
suma pakej rempit gamaknya..kahkahkah.

 paling tekanan time nak mandi depa lah. riuh sekampung! macam2 aksi kuak lentang depa buat, lompat macam kanggaro lah, jerit macam gorila lah, last2 lompat duduk atas latipah.
haaa, mmg jerit macam pontianak lah tuan depa ni. ingat ni pakej mandi beramai2 kah. kena jerit kalah pontianak, baru tau nak diam mandi elok2. 
-..-"
mak dah bg warning, kalo si abu mahupun si kecik tu lompat masuk dalam kolah, latipah kena basuh satu kolah mandi tu. nahhhhhhhhhhhhhh!

"kakkkkk.......mandi abu dgn kecik tu elok2, jaga, satg dia terjun dalam kolah tu, basuh sampai cuci balik nooooo"

"plissss  hampa dua ekoq.....plisssss. jgn duk terjun dalam kolah mandi sudah.. teruk latipah kena sental satu kolah tu nanti. igt ni acara berenang peringkat antarabangsa ka!"


cuma hari first bawak balik si kecik tu, keesokkan harinya...sedang asyik latipah tidoq, tetiba mak ketuk pintu suh turun tgk si kecik tu. 
apa lagi. dia bg hadiah dalam umah laaahhhh. 
terjerit2 latipah buang.
pakai uniform ninja lah nak buang hasil pembuangan dia. -..-"
tapi sekarang dah ok, dah x buat perangai loklaq dia membuang dalam umah dah selepas dijerit2 oleh latipah ajaq dia buang di tempat yang sepatutnya. gud gud!

kebajikan depa kena jaga jugak, sakit demam bagai kena bawak pi vet jugak. kecut perut jugaklah tgk si abu deha sakit. 3 hari xmakan, kurus kering dia. hari kedua dia sakit, terus melimpah ruah ayaq liur, bangun pun dak, makan pun tak mau. kecut jantung latipah. terus bawak pi vet lah jawabnya. kena cucuk 2 jarum, masuk antibiotik dgn ubt demam. balik2 terus keluaq suara!. dashattt... cuma skrang kalo ada duit lebih, latipah dlm proses nak kasi si abu deha ni. tapi dihalang mak, sebabnya, kesiann....nnti x berkembang zuriat dia. lol


and my ever n ever beautiful princess.......
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


op kosss la Net ku sayang....hat ni mmg pemalas nak mandi, tu belemoih "comot" sampai macam tu skali. adoihhh net net...kucing yg paling setia dengan latipah. lebih 10 tahun dengan latipah. tapi dh tinngalkan latipah hujung tahun lepas...menangis bengkak bengkak bijik mata lah latipah dibuatnya. dah tua dah si net ni. dah x larat. bagi lah dia rehat tenang kat sana..rest in peace syg........
satu perkara yang buat latipah kagum dengan net ni, dia faham apa yang latipah cakap kat dia, seolah olah dia faham bahasa manusia, bila latipah larang, dia xkan buat, dan apabila latipah suruh, dia akan ikut. yang paling best. tidoq atas perut si net lahhh! wahahaha.
cantik kot si net ni, masa muda keliling pinggang marka marka duk ligan ni...tau la habeh cun pun, sekali dengan marka latipah dia nak ngorat, duk manja manja tidoq atas riba bagai....wahhhh. ini bisa mendatangkan ke jelesan nih! 
tengok dagu lahhh. runcing kot! cucuk vitamin c gamaknya... 
kahkahkah :p

sekiannnnnn.......















Sunday 10 March 2013

(^_~)

Love bears all things
believes all things
hopes all things
endures all things


Sunday 3 March 2013

ini dinamakan.........imaginasi. ^^v





wahhhhhhhh. cinderella sgt kan kan.
tersengguk sengguk latipah gelak.
soooo suwittttt.
curlas kau jah! 

"saya terpijak secawan lumpur!"
harharharhar
 ^_~v