Tuesday 19 March 2013

tips elak rambut gugur


1.Tak Seharusnya Cuci Rambut Setiap Hari

Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. 
Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kelas/kerja atau outing siang hari.

2. Keringkan Rambut Secara Semulajadi

Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, samaada panjang sampai ke lutut mahupupn ke kaki ,rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala. 
Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.#kipas ala2 filem hindustan gituuuu. :-)

3. Pilih Kain Tudung Yang Lembut

Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.


4. Rehat Dulu

Bila sampai ja di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala "bernafas" terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah. 
Just rileks dan berehat sepenuhnya. On kipas kuat2, duduk betoi2 depan tu, pastu tidoqqqqq. hohohohoho. jangan sampai rambut termasuk dalam kipas lak kann.... :p Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!  #phewwww. libas libas rambut~

5. Cari & Pilih Syampu Yang Sesuai

Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. 

6. Atasi Masalah Rambut Secepat Mungkin Jika Ada

Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh. 
Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya!

info: copypaste :)




#cantiknya!!

No comments:

Post a Comment