Monday 4 February 2013

jodoh.

Salam..

Ada orang kata, muka sama, seiras, berjodoh? ekk? mcm tu ka? orang tua tua selalu kata. "muka sama....ada jodoh ni". Setiap insan pasti akan melalui fasa ini. Samada cepat ataupun lambat, sekali malah mungkin juga berkali-kali.  Ya, itulah takdir Tuhan. Sekiranya dia berkehendakkan begitu maka kita sebagai hamba haruslah menerimanya dengan redha. Allah s.w.t telah menciptakan pasangan bagi setiap hambaNya, sejak dari nabi Allah Adam dan pasangannya Hawa. Prosesnya bermula dari perkenalan, tidak kira bagaimanapun caranya. sehinggalah ke jinjang pelamin, dan insyaallah sehingga ke hujung usia.

Ada yang bermula dari zaman sekolah, dibawa ke jinjang pelamin. Bertahun tahun lamanya. tak hairanlah zaman sekarang kecik kecik lagi dah bercintan cinton bagai. Ada tu yang balik ja dari sekolah, terus meluru ke public phone call marka marka.ye dok? sekali kak nya angkat beb.....ketaq dak? kahkahkah. no komen. ada jugak tu yang duk ber' baby bagai dalam fb. "titew rindu cecangat kat baby titew"  tak pun "nape baby tak on9, shaye rindu baby cangat2" panggggggg! geli idung dak? -_-" setiap orang ada cara mahupun method tersendiri untuk mempamerkan kasih sayang sesama insan. harharhar. 

Ada juga yang datang dari dua dunia yang berbeza. berbeza darjat, bangsa, pangkat, adat mahupun kepercayaan. Ada jugak yang terpaksa menyeberangi laut mahupun selat. Malah ada yang bertahun-tahun merantau ke negeri orang akhirnya bertaut kasih dengan orang se negeri juga. Lihatlah, betapa jodoh ketentuanNya tiada batasan jarak dan perbezaan antara manusia. Dengan izin dari Nya, akan bersatu  juga. 

Bila diingat-ingat balik, macam mana? bagaimana? mengapa? dimana? cari2 punca segalanya. jawapannya satu ja. JODOH. heee. contohnya, 1# walaupun si anak murid dan sifu, kalau jodoh, x kemana. hakhakhak. 2# walaupun bergaduh hari2, geram di hati tahap dewa, kata hang kata aku, kalau jodoh, x kemana. 3# walaupun jauh di seberang, terpaksa meredah lautan api ehhh lautan kola kedah. #ehhhhhhhh. kalau jodoh, x kemana. ye dok? weeeeeeee~

hmmmmm. nak tanya ni nak tanya ni....dh genap 4taun, rasa apa kat ati? #ehhhhhh..... hahahaha. #latipah ingat latipah ingat. tulis dalam diary nahh. wahahaha. =p walaupun tak dak entri pasai " Balik sekolah col orang kepala parit " arggggggh. ini bisa mendatangkan ke'jelesan dihati ku nih. cepat tukaq entri tu cepat! -_-"

Alhamdulillah, diberikan hati yang suwit, kiut miut, comel, hensem daripada Allah swt  #sah kembang pungkoq, diberikan kekasih hati yang gila kentang pembuli tegar yang membuatkan  kadang2 latipah timbul rasa geram nak tumbuk2 tauk dalam laut, dan direstui kedua belah pihak InsyaAllah.=) . cewaahhhhh gitewww. Kita harus kuat dan  gagah berani bagai otromen tiga bagi menentang dan mencegah segala macam musuh yang ingin memisahkan kita. Dun worry intan payungku, latipah yang gagah perkasa ni akan melindungimu ! hohohoho. 

Cinta itu bukan apa yang dipikirkan oleh akal. tapi cinta adalah apa yang dirasakan oleh hati. Tolong Tolong Tolong permudahkan perjalanan kami untuk ke peringkat seterusnya Ya Allah. aminnn~




^^v

No comments:

Post a Comment