Thursday 28 April 2011

Doa Seorang Kekasih

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ya Allah,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah,

ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, 

yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu

Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku,

yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri



**copy (in-team-doa seorang kekasih)


p/s: sesuatu yang baik apabila kita mencintai seseorang itu adalah dengan mendoakan yang terbaik untuknya..peace~~

No comments:

Post a Comment